fbpx

Jerman saran campur AstraZeneca, vaksin mRNA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang menerima dos pertama vaksin AstraZeneca disaran mendapatkan vaksin jenis mRNA sebagai dos kedua. – AFP

BERLIN – Jerman telah mengeluarkan saranan terbaik untuk meningkatkan keberkesanan pelalian iaitu dengan mencampurkan jenis vaksin Covid-19, lapor agensi berita CNN kelmarin.

Jawatankuasa Tetap Vaksinasi Jerman (STIKO) Khamis lalu berkata, individu yang menerima dos pertama vaksin AstraZeneca (AZ) ‘harus mendapatkan vaksin jenis mRNA sebagai dos kedua tanpa mengira usia’.

Ini menjadikan Jerman sebagai negara pertama yang sangat mengesyorkan agar individu yang telah menerima dos pertama AZ untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna sebagai dos kedua.

Vaksin mRNA yang diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA) adalah Pfizer BioNTech dan Moderna.

Canselor Jerman, Angela Merkel telah membuka ruang penggunaan vaksin campuran apabila beliau menerima vaksin jenis AZ bgai suntikan dos pertama diikuti vaksin  Moderna bagi  suntikan keduanya. 

STIKO berkata, ‘keputusan bagi kajian yang sedang dijalankan’ itu menunjukkan tindak balas imunisasi yang dihasilkan selepas vaksin dicampurkan sebagai ‘sangat mengagumkan’.

Jawatankuasa Penasihat Nasional Imunisasi Kanada membuat cadangan pada 17 Jun lalu dengan mengatakan bahawa ‘vaksin mRNA kini lebih menjadi pilihan sebagai dos kedua bagi individu yang telah menerima dos pertama vaksin jenis AZ atau COVISHIELD’.

Jawatankuasa itu berkata, saranan tersebut dibuat berdasarkan ‘bukti yang diperoleh mengenai potensi tindak balas imunidasi yang lebih baik terhadap Covid-19 menggunakan campuran  vaksin.

Menurut  kenyataan akhbar yang dikeluarkan Universiti Oxford, England, kajian mendapati kedua-dua vaksin campuran (Pfizer BioNTech yang kemudian diikuti dengan AZ atau sebaliknya), menghasilkan antibodi yang tinggi bagi melawan peningkatan protein IgG SARS-CoV-2 (virus Covid-19) apabila kedua-dua dos itu disuntik dalam jarak empat minggu.

EMA berkata, biarpun mereka bukan dalam kedudukan untuk membuat sebarang cadangan bagi penggunaan jenis vaksin Covid-19 yang berbeza, terdapat ‘alasan saintifik yang kuat’ di sebalik pendekatan tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI