fbpx

Verstappen terpantas sesi kelayakan GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Verstappen akan memulakan perlumbaan GP Austria esok di petak hadapan selepas muncul pemandu terpantas pada sesi kelayakan.

SPIELBERG – Pelumba Formula Satu (F1) pasukan Red Bull, Max Verstappen menepati ramalan apabila muncul pemandu terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring sebentar tadi.

Menerusi catatan masa 1 minit 03.720 saat (s), dia yang juga pendahulu kejuaraan dunia musim ini berpeluang untuk terus mengukuhkan cengkaman apabila akan memulakan perlumbaan esok di petak hadapan.

Pada sesi kelayakan tersebut, Verstappen nyata sukar digugat apabila menguasai sepenuhnya ketiga-tiga sesi kelayakan biarpun dicabar hebat pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton.

“Sebenarnya, prestasi saya kurang baik pada sesi kelayakan ketiga, namun saya gembira kerana akan memulakan perlumbaan esok di petak hadapan. Sudah tentu ia beri sedikit kelebihan kepada saya.

“Saya jangka satu perlumbaan yang sukar, sama seperti minggu lalu. Saya harap boleh tampilkan aksi positif dan kami akan cuba memenangi perlumbaan esok,” kata Verstappen sebaik menamatkan sesi kelayakan.

Mengiringi pelumba itu di garisan hadapan pada perlumbaan esok adalah pemandu McLaren, Lando Norris di petak kedua, diikuti seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez manakala Hamilton di kedudukan keempat.

Sementara itu, segalanya serba tidak menjadi buat pasukan Ferrari apabila dua pelumbanya, Carlos Sainz dan Charles Leclerc gagal melepasi sesi kelayakan kedua, sekali gus akan memulakan perlumbaan di petak ke-11 dan 12. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI