fbpx

PU Riz bantu 110 keluarga kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Riz menghulurkan bantuan kepada 110 keluarga kurang berkemampuan di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Terkesan dengan situasi runcing menimpa rakyat Malaysia sehingga ada yang terpaksa mengibarkan bendera putih, pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail terpanggil membantu 110 keluarga kurang berkemampuan di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26, berkata, dia bersama Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kasih Neelofa menyalurkan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan asas harian.

“Hampir setiap hari saya mendapat mesej peribadi (DM) dalam Instagram yang meminta bantuan. Malah, apabila terbaca mengenai kempen kibarkan bendera putih ini saya sedar semakin ramai yang berada dalam kesusahan.

“Selepas mendapat maklumat ada keluarga di Taman Jinjang Baru yang mengibarkan bendera putih, saya bersama pasukan Pertubuhan Kasih Neelofa mengambil keputusan untuk ke sana.

“Alhamdulillah, kami dapat bantu dalam 110 keluarga. Semua ini bukan yang kibar bendera putih. Ada juga yang tak berbuat sedemikian, tapi kami bantu juga. Apa pun, semoga sumbangan ini memberikan manfaat buat mereka sekeluarga,” kata suami kepada Neelofa itu.

Mengulas lanjut, PU Riz berkata, kempen kibarkan bendera putih itu adalah usaha yang dibuat rakyat Malaysia atas keprihatinan sesama insan.

“Saya percaya ini antara usaha untuk membantu mereka yang betul-betul memerlukan ketika ini. Malah, tidak ada unsur paksaan pun dalam melaksanakan perkara ini. Jadi, tidak salah kalau ada mana-mana pihak yang membantu mereka yang kibarkan bendera putih ini.

“Paling penting sebenarnya, ini satu lagi cara bagaimana kita menunjukkan rasa berkasih sayang antara satu sama lain terutama dalam hidup bermasyarakat. Disebabkan itu, saya bersama Pertubuhan Kasih Neelofa mahu berkongsi rezeki ini kepada mereka yang memerlukan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah banyak membantu dalam menjayakan setiap misi yang kami jalankan. Insya-Allah, rezeki yang ada ini kita akan terus kongsi bersama,” katanya lagi.

Sebelum ini, PU Riz turut memberikan RM300 kepada l30 pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pertubuhan Kasih Neelofa baru-baru ini, menyerahkan 100 set kelengkapan jenazah bernilai RM41,900 kepada Pondok Maheliah di Kota Bharu, Kelantan yang menyediakan khidmat pengurusan kematian secara percuma kepada golongan asnaf kurang berkemampuan di negeri tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI