fbpx

Wanita minta lampin berjenama dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan seorang wanita dengan wakil sebuah NGO tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dah bagi betis nak paha pula. Itulah reaksi balas orang ramai susulan satu tangkap layar perbualan seorang wanita memohon bantuan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi perbualan yang dikongsi seorang pengguna Facebook, wanita yang juga seorang suri rumah telah memohon bantuan lampin pakai buang untuk anaknya berusia lima tahun daripada NGO terbabit.

Bagaimanapun keadaan sedikit tegang apabila wanita itu mula menunjukkan ‘perangai mengada-ngada’nya apabila meminta lampin pakai buang berjenama dan mahal.

Namun, NGO terbabit dengan sopan membalas ‘permintaan’ wanita itu dengan memberitahu stok bantuan lampin pakai buang hanya boleh diberikan berdasarkan dana penyumbang.

Ekoran ‘permintaan’ itu tidak ditunaikan wanita terbabit telah membalas perbualan itu dengan bahasa kasar dan turut memarahi pihak NGO tersebut.

“Anak aku kan, aku punya sukalah, takde duit nak bagi pampes brand yang anak aku pakai cakap jela. Aku tak mainlah pakai pampes brand cap ayam, nanti menggerutu pula kulit anak aku.

“Tak mampu bagi cakap siang-siang banyak lagi NGO mampu bagi. Bagi jela pampes buruk tu untuk rakyat yang selayaknya, sikit pun aku tak heran,” balas wanita itu kepada NGO tersebut.

Susulan tangkap layar yang tular itu, orang ramai telah ‘menyerang’ wanita itu dengan rata-ratanya meninggalkan reaksi marah pada hantaran masing-masing.

“Dah susah buat laa cara susah, orang dah bagi pampers kau sibuk nak yang branded (berjenama). Sedarlah diri tu dah susah, kalau nak yang branded, pergi beli sendiri, sedar diri tu kak,” tulis Raihana Aiman.

Pada masa sama, pengguna Facebook dikenali sebagai Farah Farah turut menasihat wanita itu agar melatih anaknya supaya tidak memakai lampin pakai buang lagi memandangkan usia anaknya sudah mencecah lima tahun.

“Saya mampu beli pampers anak, tapi seawal 3 tahun dah ajar anak kencing berak kat tandas. Ini ada kemahiran hidup dan kita kena latih anak.

“Memang ambik masa, 2 bulan untuk elakkan terkucil, dan stress bila kencing sana sini. Tapi kita sebagai ‘parents’ kena bantu anak untuk berdikari cuma waktu malam ja masih belum berjaya, kena pakai pampers,” nasihatnya.-K! ONLINE.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI