PUTRAJAYA – Angka kematian Covid-19 hari ini kembali mencatatkan tiga digit dengan 107 kes, menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 5,434 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, dalam masa sama sebanyak 6,658 kes baharu dilaporkan dengan 11 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 772,607 kes.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 66,958 kes termasuk 892 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 443 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Terdapat 5,677 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 700,215 kes,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929