fbpx

Taktik bungkus ganja bersama mi segera dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SARIKEI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup dadah jenis ganja dengan menggunakan khidmat kurier pada Khamis lalu.

Pengarah JKDM Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata, pegawai Unit Pos Bungkusan, Stesen Sarikei membuat pemeriksaan terhadap satu bungkusan yang dikrar bahan makanan yang tiba dari semenanjung Malaysia pada pukul 11 pagi.

“Pemeriksaan ke atas bungkusan yang berisi mi segera tersebut membawa kepada penemuan tiga bungkusan plastik lutsinar dipercayai ganja seberat 30 gram bernilai RM1,500.

“Usaha mengesan pemilik bungkusan sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI