fbpx

Tambah pulau peranginan bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Kerajaan disaran menyenaraikan beberapa lagi pulau peranginan sebagai projek perintis Destinasi Bebas Covid-19 selain pulau Langkawi sebagai destinasi rintis dalam Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP) yang sedang dilakukan sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mencadangkan agar pulau lain turut dimasukkan dalam program itu seperti Pulau Pangkor, Tioman dan Labuan.

Jelasnya, cadangan itu sudah dikemukakannya kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini.

“Untuk mencapai imuniti kelompok (di seluruh negara) mungkin mengambil masa berbulan-bulan, tetapi ada contoh yang boleh kita mulakan misalnya di pulau terpilih.

“Ia secara tidak langsung membolehkan pelancong-pelancong datang sepertimana yang kita lihat eksperimen dilakukan seperti di Phuket, Thailand,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, vaksinasi besar-besaran akan dilaksanakan di Pulau Langkawi sebagai projek perintis untuk TRP bagi Program Destinasi Bebas Covid-19.

Menurut Zambry, langkah menjadikan semua pulau tersebut sebagai Destinasi Bebas Covid-19 bukan sahaja memulihkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk tetapi juga aktiviti lain seperti pengangkutan awam dan premis perniagaan.

Beliau memberi contoh, di Pulau Pangkor, kira-kira 2,000 orang daripada kira-kira 8,000 penduduk yang mendaftar sudah divaksinkan dan berharap imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI