fbpx

Kerja pembinaan dihentikan di kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua kerja pembinaan di kawasan terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dihentikan dan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diterima juga tidak boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan sepanjang PKPD.

“Namun, pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal namun menggunakan kaedah janji temu.

“Bagi menjalankan kerja-kerja di atas, pihak yang terlibat boleh mendapatkan kebenaran daripada balai polis terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, pihak kementerian turut menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Maklumat lanjut berkenaan SOP dan garis panduan industri pembinaan boleh didapati menerusi Telegram rasmi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI