fbpx

Lizzy potong separuh pendapatan bulanan, bantu orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIZABETH TAN

PETALING JAYA – Memahami keluh kesah dan prihatin dengan keadaan sukar ketika ini, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berbesar hati untuk menyumbang sebahagian daripada pendapatannya bulanannya kepada golongan memerlukan dan terkesan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Menerusi hantaran video dalam Instagramnya, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy meminta mana-mana pihak yang benar-benar terjejas dan memerlukan bantuan untuk segera menghubunginya.

“Lizzy nak cuba membantu sesiapa yang memerlukan. Jadi saya ambil keputusan untuk sumbang 50 peratus daripada pendapatan saya bulan ini bagi membantu anda.

“Jika anda memerlukan bantuan, sila mesej (DM) Lizzy nombor akaun bank anda,” katanya.

Pada hantaran sama, pelantun lagu Knock Knock itu walau bagaimanapun menegaskan dia tidak dapat membantu semua orang dan meminta kerjasama mereka yang memerlukan bantuan untuk berlaku jujur.

“Tapi Lizzy minta maaf kerana tak dapat dan tak mampu nak bantu semua orang.

“Jadi saya minta anda semua untuk jujur sebab dah banyak sangat keluarga yang tak cukup makan. Justeru, tolong jangan ambil hak mereka,” katanya lagi.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut memuji usaha murni dan inisiatif pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei itu.

“Terima kasih Lizzy. Moga diluaskan lagi rezeki buat dirimu.

“Terbaik Lizzy. Kalau dalam Islam, makin banyak kita bersedekah makin bertambah rezeki dan pendapatan kita nanti,” tulis pengikut.

Terdahulu kempen kibar bendera putih yang digerakkan rakyat merupakan simbolik solidariti dan keprihatinan tinggi terhadap mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 dan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing.

Untuk rekod, kempen tersebut turut menarik perhatian golongan selebriti yang sama-sama menyokong dan menjayakan misi membantu golongan memerlukan dan terjejas ekoran dihimpit pandemik. – K! ONLINEJadi, se

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI