fbpx

Orang Asli buat pusingan U, tidak sabar divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Latif (kanan) menunjukkan borang vaksin secara manual yang diserahkan kepada Jakoa di Kampung Kuala Lah, Gua Musang. - Foto: AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 200 orang penduduk Orang Asli suku kaum Mendriq di Kampung Kuala Lah di sini membuat pusingan U apabila mereka telah mendaftar secara manual sebagai penerima vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sebelum ini, penduduk di kawasan itu menolak dan tidak mahu divaksin akibat terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang disebar menerusi media sosial.

Penghulu Kampung Kuala Lah, Ali Latif berkata, sebaliknya, mereka kini berharap suntikan vaksin diberikan secepat mungkin kepada penduduk selepas mula sedar dan semakin terbuka untuk menerima suntikan vaksin sebagai perlindungan diri.

Katanya, dia berharap proses pemberian vaksin kepada Orang Asli di perkampungan itu dapat dijalankan dengan segera kerana hanya dirinya dan isteri yang telah menerima suntikan vaksin berkenaan setakat ini.

“Penduduk kampung telah melengkapkan dan menghantar borang PICK yang diberikan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sejak dua bulan lalu.

“Mereka tidak sabar untuk mendapat suntikan vaksin dan berharap pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak dapat diadakan di kampung ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jali Anjang, 40, berkata, dia sangat bersemangat dan menunggu tarikh janji temu suntikan vaksin selepas membuat pendaftaran pada bulan April lepas.

Katanya, bagaimanapun, mereka berharap urusan pemberian vaksin dapat dipermudahkan dan dijalankan di kampung mereka.

“Selain tiada kenderaan, kos pengangkutan tinggi untuk ke PPV di bandar Gua Musang juga memberi masalah kepada kami.

“Kami berharap dapat disuntik vaksin segera kerana kami mahu bebas mencari rezeki dan keluar ke bandar seperti dahulu,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI