fbpx

Tekad Lewandowski bantu The Bavarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI berjaya meledak 13 gol dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan bersedia untuk menambah jumlah tersebut pada aksi menentang Barcelona nanti. – AFP

MUNICH – Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski enggan menjadikan rekod peribadi sebagai sasaran utama, sebaliknya mahu membantu pasukan itu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Lewandowski ketika ini sudah meledak 13 gol dalam sai­ngan Liga Juara-Juara, hanya empat gol dibezakan dengan rekod Cristiano Ronaldo yang menjaringkan 17 gol.

Pemain antarabangsa Poland itu menampilkan aksi memukau sepanjang musim ini apabila sudah meledak 53 gol dalam semua pertandingan termasuk dua gol ketika menewaskan Chelsea 4-1 awal pagi kelmarin.

“Ia (rekod peribadi) bukan sasaran utama saya. Kami akan menentang Barcelona dalam peringkat seterusnya, jadi kami perlu tampilkan aksi terbaik.

“Kami perlu buktikan Bayern pasukan yang lebih baik berbanding Barcelona sekiranya mahu melangkah ke peringkat separuh akhir,” kata Lewandowski.

Sementara itu, jurulatih The Bavarian, Hansi Flick menegaskan, beliau tidak perlu mengulas banyak mengenai kemampuan Lewandowski memandangkan penyerangnya itu sentiasa menampilkan aksi terbaik.

“Dia menjaringkan dua gol ketika bertemu Chelsea, jadi saya tidak ada apa yang mahu diperkatakan. Apa yang paling penting, kami bermain sebagai satu pasukan,” ujar Flick.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI