fbpx

Vaksinasi warga emas dijangka selesai akhir bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan mensasarkan vaksinasi kepada warga emas dapat diselesaikan menjelang akhir bulan ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sehingga hari ini sebanyak 60 peratus warga emas berdaftar telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

“Dalam tempoh satu bulan yang lalu, PICK telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

“Kadar purata vaksinasi pada bulan Jun mencecah hampir 170 ribu suntikan sehari melepasi sasaran 150 ribu,” katanya dalam sebuah rakaman yang dimuat naik di laman Twitter tadi.

Ketika ini juga katanya, kadar vaksinasi harian negara melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia.

“Vaksinasi harian Malaysia juga kebelakangan ini mencatat jumlah 250 ribu suntikan secara konsisten dan bagi bulan Julai ini kita mensasarkan kadar vaksinasi meningkat kepada angka 300,000 suntikan sehari.

“Pada penghujung Mei lalu jumlah individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah sebanyak 5.9 peratus populasi negara, dan kini jumlahnya adalah 18 peratus sekali gus menunjukkan pemberian dos pertama meningkat sebanyak 200 peratus pada bulan Jun,” jelasnya.

Dalam pada itu Khairy Jamaluddin berkata, tempoh tiga bulan mendatang akan menjadi tempoh sangat sibuk dan kritikal bagi pelaksanaan PICK.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini Malaysia akan mula menerima bekalan dos vaksin dalam jumlah yang sangat besar iaitu lebih daripada 12 juta dos.

“Justeru itu, kapastiti vaksinasi di seluruh negara akan ditingkatkan dengan pembukaan lebih banyak PPV selain menambah tenaga kerja dan sukarelawan,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI