fbpx

Hospital di Selangor pula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan di Hospital Klang yang didakwa kritikal berikutan peningkatan kes Covid-19.

PETALING JAYA- Selepas Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur dilaporkan kehabisan katil berikutan peningkatan jumlah pesakit, kini situasi sama dialami hospital di Selangor.

Keadaan itu diterjemahkan menerusi satu perkongsian video berdurasi lebih seminit di Twitter dengan menunjukkan kesesakan berlaku di salah sebuah hospital di Selangor.

Melalui perkongsian video @MalaysianFood itu, keadaan di hospital terbabit berada dalam keadaan kritikal berikutan peningkatan kes Covid-19 di Selangor.

“Ini yang berlaku di Malaysia, Covid-19 itu benar, sekarang hospital tengah kritikal, kes di Selangor saja mencatatkan purata tertinggi Covid-19.

“Mohon sebarkan, minta tolong tularkan,” ciapnya.

Video itu yang didakwa dirakam di Hospital Klang menerima lebih 11,000 ciapan balas selain mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

Bagi @schafeyqahh, dia menyifatkan bukan sahaja Hospital Klang mengalami kesesakan malah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) berdepan situasi sama.

“Jangan kata di Klang, kami di Maeps pun ramainya juga. Ini baru satu dewan, belum dewan yang lain lagi,” katanya.

Sementara itu, @ubaidmohsin turut memberi cadangan supaya pesakit terlibat dipindahkan ke hospital lain bagi mengurangkan kesesakan di hospital itu.

“Kalau sudah penuh mengapa tidak hantar ke hospital lain atau negeri lain? Sekadar untuk kurangkan beban pesakit yang ditanggung hospital di Selangor,” ciapnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI