fbpx

Strategi pit Verstappen menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN melakar kemenangan pada aksi GP Ulang Tahun ke-70 F1 di Litar Silverstone malam kelmarin. – AFP

SILVERSTONE – Pelumba Red Bull, Max Verstappen mengakui strategi pit yang dirancang pasukan itu telah membantunya me­rangkul kemenangan di Grand Prix (GP) Ulang Tahun ke-70 di Litar Silverstone kelmarin.

Kemenangan tersebut me­nyaksikan pelumba Belanda itu berjaya mengakhiri dominasi Mercedes selepas Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas terpaksa berpuas hati dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Pada perlumbaan tersebut, Verstappen yang melakukan hentian pit lewat terus memberi tekanan kepada Hamilton sehingga memaksa pelumba Britain tersebut menukar tayar selepas bimbang insiden tayar pecah berulang seperti di GP British minggu lalu.

“Pemilihan tayar dan strategi hentian pit yang benar-benar tepat. Kami tidak mempunyai masalah pada tayar sepanjang perlumbaan. Bagi saya ia merupakan penca­paian yang luar biasa dan saya gembira kerana meraih kemenangan di sini,” kata Verstappen.

Peningkatan prestasi pada jentera RB16 dianggap sebagai kunci kejayaan kepada Verstappen di Silverstone.

“Kami memiliki kepantasan yang cukup baik dan mampu memberi tekanan kepada Mercedes berbanding sebelum ini.

“Saya terus memberi tekanan kepada mereka hingga melakukan pertukaran tayar,” kata­nya.

Hamilton masih kekal mendahului carta kedudukan pelumba dengan 107 mata dan dibezakan 30 mata dengan Verstappen (77 mata), manakala Valtteri Bottas di kedudukan ketiga dengan 73 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI