fbpx

Pengantin dari KL, Selangor kena tangguh nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pasangan pengantin dari Kuala Lumpur dan Selangor perlu bersabar sebelum boleh diijabkabul susulan ketetapan terbaharu dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini.

Ini kerana, Jawi menetapkan majlis akad nikah hanya dibenarkan bagi pasangan pengantin dan wali yang bukan dari lokaliti atau mukim di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketika ini, Selangor dan Kuala Lumpur diletakkan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 14 Julai ini.

Jawi menerusi kenyataan akhbar berkata, majlis akad nikah di Jawi boleh diteruskan kepada mana-mana pasangan yang telah mendapat kebenaran nikah Jawi dengan syarat pasangan pengantin dan wali bukan dari dua kawasan itu.

Menurutnya, kebenaran sama turut diberikan bagi urusan perceraian dan rujuk.

“Slot janji temu di Jawi boleh dibuat melalui www -icktime.com/awi dengan mengambil kira alamat semasa pemohon bukan dari lokaliti dan mukim PKPD terbabit.

“Hanya pelanggan yang telah mendapat pengesahan janji temu dan saringan alamat semasa sahaja dibenarkan hadir atas urusan yang telah disenaraikan,” katanya.

Katanya, sepanjang berurusan di jabatan ini, pelanggan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawi dari semasa ke semasa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI