fbpx

Durian hutan pula jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zain menunjukkan durian yang dihasilkan dari dusunnya di Kampung Rawa, Lenggeng. – IZZAT TERMIZIE

SEREMBAN – Durian hutan atau dikenali durian samsu atau durian sompo suatu ketika dahulu tiada nilai, tetapi kini kembali mendapat permintaan ramai.

Menurut pengusaha kebun durian, Datuk Zain Maarof, permintaan durian itu agak tinggi sejak akhir-akhir ini sehingga ada yang menempah sebelum luruh.

Katanya, permintaan buah durian itu akhir-akhir ini membuatkan harganya mencecah RM15 satu kilogram.

“Kalau dahulu orang tak makan durian hutan ini sebab bau dan rasa dia pelik.

“Tetapi akhir-akhir ini permintaan buah durian hutan ini agak tinggi sampaikan ada pe­langgan membuat tempahan,” katanya ketika ditemui di Kampung Rawa, Lenggeng di sini semalam.

Tambahnya, pelanggan-pe­langgan yang ingin membeli buah durian hutan itu perlu menghubungi terlebih dahulu kerana pada kebiasaannya buah itu tidak sempat untuk dipamerkan tetapi sudah ditempah.

“Durian hutan merupakan antara spesies unik yang saya jual di samping durian jantung, aiskrim dan creamy bun.

“Kami juga turut menjual durian premium lain seperti musang king dan duri hitam, “ tambahnya.

Bagi seorang peminat durian hutan, Ishak Tamyes, 60, pula berkata, buah itu mempunyai rasanya yang tersendiri yang membuatkan peminat sanggup menempah untuk merasainya.

“Saya sudah menempah beberapa hari sebelum ini untuk mendapatkan durian hutan ini.

“Tidak semua orang suka durian hutan sebab rasa dan bau dia tetapi kalau yang minat dia akan cari,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI