SEPANG – Sebanyak 151,000 permohonan Bakul Prihatin Wanita Perikatan Nasional diterima dalam tempoh 24 jam selepas usaha itu dilaksanakan bagi membantu golongan yang terjejas.
Ketua Srikandi Bersatu Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, melihat kepada permohonan luar jangka itu, pihaknya menaikkan jumlah pengagihan kepada 15,000 bakul bagi fasa pertama berbanding sebelumnya iaitu 10,000 bakul makanan.
“Ini menunjukkan ramai golongan terjejas memerlukan bantuan makanan asas ketika negara masih lagi berdepan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya selepas program pengagihan bakul makanan itu di Kampung Bukit Bangkong di sini hari ini.
Dalam pada itu, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, dalam menangani masalah itu, beliau percaya peruntukan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga akan dapat membantu golongan yang memerlukan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929