fbpx

OP Patuh: Kilang di Kangar patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARI Kiew (tengah) melihat bilik rawatan sementara di sebuah kilang dalam pemeriksaan Op Patuh bersepadu hari ini.

KANGAR – Pemeriksaan Op Patuh bersepadu hari ini mendapati semua kilang di sini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja dalam satu masa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, terdapat tiga kilang pembuatan di sini manakala selebihnya adalah kilang padi.

“Kilang padi tidak beroperasi ketika ini tetapi ada yang dibuka untuk tujuan penyelenggaraan dengan jumlah pekerja kecil iaitu antara lima hingga enam orang sahaja.

“Bagaimanapun kita terus memantau juga termasuk kilang lain. Semua operasi melibatkan kawasan Kangar, Kuala Perlis dan Simpang Empat,” katanya selepas melawat kilang pembuatan sarung tangan getah di Zon Industri Jejawi di sini hari ini.

Op Patuh bersepadu yang diketuai polis itu turut disertai anggota tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Perbandaran Kangar dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (​KPDNHEP).

Sementara itu, Wari turut memuji inisiatif kilang pembuatan sarung tangan tersebut kerana menyediakan ‘sick bay’ atau bilik rawatan sementara di kilang mereka dengan tiga jururawat bertugas dalam satu masa.

Menurutnya, jika terdapat pekerja yang disyaki demam atau batuk mereka akan dirujuk kepada jururawat yang bertugas untuk membuat pemeriksaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI