fbpx

Beli kampung kuno RM700,000 dapat hantu percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung kuno ini menempatkan ahli sihir bernama ‘Lady of Lawers’ yang dikatakan menghantui kawasan itu. - Jam Press

LONDON – Sebuah kampung dari kurun ke-18 kini diiklankan untuk dijual pada harga £125,000 (RM716,346) dan ia datang bersama ‘hantunya’ sendiri, lapor laman berita Mirror UK kelmarin.

Runtuhan bekas perkampungan Lawers di Scotland yang terletak di tepi tasik Loch Tay di Aberfeldy, Perth dan Kinross itu dikatakan menempatkan kediaman Lady of Lawers yang merupakan seorang ahli sihir abad ke-17.

Kawasan seluas 3.31 ekar dengan pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan itu merangkumi runtuhan gereja Old Lawers, sebuah kilang dan rumah milik wanita itu.

Kampung seluas lebih 3 ekar ini wujud sejak kurun ke-18. – Jam Press

‘Hantu’ wanita itu dikatakan telah membuat ramalan dan ada antaranya menjadi kenyataan.

Dia didakwa menanam sebatang pokok di bahagian utara sebuah gereja dan berkata, sekiranya ketinggian pohon itu tumbuh dan menyamai ketinggian satu puncak gunung kecil, gereja itu akan runtuh.

Menurut legenda tempatan, gereja itu kemudian rosak teruk akibat ribut petir dan pokok itu juga lenyap.

Satu bancian pada tahun 1841 mendapati mungkin terdapat 17 orang tinggal di kampung tersebut dan pada tahun 1891 pula, jumlahnya menjadi tujuh orang. Mereka  tinggal di rumah Pier Master yang terbiar sejak 1926.

Kawasan tersebut disenaraikan untuk dijual dalam laman Sellers Goldcrest pada 2016 . -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI