fbpx

Set penggambaran diserbu, langgar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD IDHAM

PETALING JAYA – Degil dan mementingkan diri. Itu istilah sesuai digelarkan kepada sebuah syarikat produksi yang meneruskan penggambaran sebuah filem sehingga memaksa satu serbuan dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sebuah pusat beli-belah di Cheras pada awal minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, serbuan yang dilakukan Unit Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas itu mendapati sebuah produksi masih menjalankan aktiviti penggambaran di premis berkenaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Saya meminta semua syarikat produksi di negara ini tidak sesekali melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 yang kini masih dilaksanakan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Idham berkata, tindakan penguatkuasaan sudah diambil ke atas pihak terbabit dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

“Finas ingin mengingatkan semua syarikat produksi untuk terus mematuhi segala SOP dan garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan Covid-19 ketika ini.

“Pihak Finas komited dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan serta mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat sekiranya mengetahui ada aktiviti penggambaran dijalankan,” katanya.

Katanya, Finas juga tidak akan teragak-agak untuk lebih bertegas jika mendapati berlaku pelanggaran SOP membabitkan aktiviti penggambaran yang sememangnya tidak dibenarkan ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI