fbpx

Tiada kilang langgar SOP di Penampang, Putatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (dua dari kanan) ketika melaksanakan pemeriksaan pematuhan SOP di salah sebuah kilang di Penampang sempena Op Patuh hari ini. -Foto: IVAN AMIRUL

PENAMPANG – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan memaklumkan tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan industri perkilangan di Penampang dan Putatan sepanjang Op Patuh hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan membabitkan kilang besi, kilang plastik dan pusat ternakan ayam didapati beroperasi mengikut SOP ditetapkan.

“Polis bersama beberapa lagi agensi kerajaan lain sentiasa menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa dalam usaha mengawal penularan pandemik Covid-19.

“Kita mendapati setakat ini semua premis perkilangan di daerah ini mematuhi SOP dan tiada kompaun dikeluarkan sepanjang operasi.

“Selain itu, tiada sebarang aduan kesalahan SOP diterima membabitkan kilang-kilang sekitar daerah ini,” katanya ketika ditemui selepas menjalankan pemeriksaan kilang di sekitar Penampang dan Putatan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI