fbpx

Warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan warga emas tersebut mengangkat tongkat yang diikat sabit ke arah mangsa di lokasi, semalam.

KAJANG – Bengang ditegur kerana memandu di jalan sehala, seorang wanita warga emas yang juga golongan orang kelainan upaya (OKU) bertindak mengacukan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah seorang lelaki, semalam.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 46 saat tular di laman sosial memaparkan warga emas itu memandu di jalan sehala menyebabkan dua kenderaan lain tidak dapat melalui jalan berkenaan.

Pemandu kereta cuba menegur warga emas tersebut namun dia enggan beralah, sebaliknya telah menunjukkan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah individu itu dan turut mengaku sebagai pemegang kad OKU.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis telah menerima laporan kejadian itu daripada mangsa yang mengaku telah berselisih faham dengan warga emas terbabit di Blok A3, Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras, dekat sini kelmarin.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana mangsa telah menegur suspek (warga emas) yang memandu di jalan sehala menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut.

“Suspek telah menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dengan sabit serta cuba memukul ke arah mangsa, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek yang berusia 66 tahun itu telah ditahan hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 0197691924/03-89114222. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI