fbpx

Kampung miliki penduduk ramai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan pasangan suami isteri di kampung itu memiliki sehingga 14 orang anak dan minimum seramai enam orang dengan jarak usia yang dekat. – Instagram/Suara.com

JAKARTA – Sebuah perkampungan di Jawa Barat terkenal kerana mempunyai penduduk yang memiliki bilangan anak yang ramai, lapor laman berita Suara.com semalam.

Keadaan itu berlaku kerana penduduk kampung tersebut, Kampung Pasir Sasaungan, dikatakan berpegang teguh kepada prinsip bahawa rezeki bertambah jika mempunyai anak yang ramai.

Kebanyakan pasangan suami isteri di kampung itu memiliki sehingga 14 orang anak dan minimum seramai enam orang dengan jarak usia yang dekat.

Salah seorang penduduknya, Pahrudin, 53 berkata, isterinya baru sahaja melahirkan anak mereka yang ke-14 pada perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

“Saya mempunyai 14 orang anak, tetapi dua orang telah meninggal. Jadi, sekarang tinggal 12 orang dan tiga daripadanya telah berkahwin,” katanya.

Menurut Pahrudin, isterinya ada mengikuti program Perancang Keluarga (KB) yang dianjurkan dengan kerjasama pemerintah wilayah, namun mendapati kaedah tersebut tidak sesuai dengan keadaan kesihatan isterinya.

“Selepas mengambil pil perancang, isteri saya sering sakit-sakit, jadi dia berhenti (memakan pil),” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Pasir Sasaungan, Iyus berkata, situasi ‘satu keluarga ramai anak’ adalah fenomena biasa sejak turun-temurun yang berlaku di kampungnya itu.

“Sejak dulu lagi, penduduk kampung ini mempunyai ramai anak. Paling sedikit dalam sebuah keluarga mempunyai enam anak dan paling ramai adalah 14 orang.

“Malahan dulu, ada yang sampai memiliki 15 orang anak,” ujarnya.

Terdapat kira-kira 100 buah keluarga di kampung tersebut dengan jumlah penduduk seramai 700 orang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI