fbpx

Polis pantau 10 ‘port’ makan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PARIT – Orang ramai khususnya kaki durian diingatkan agar patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak sengaja berkumpul untuk menikmati raja buah itu atau dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, pemantauan akan dilakukan dilebih 10 kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan penggemar buah itu terutama di Kampung Gajah, Parit dan Bota.

“Semua sedia maklum yang daerah ini memang terkenal dalam kalangan penggemar durian. Setiap kali musim durian, pasti ada lokasi-lokasi yang dijadikan sebagai tapak pesta durian.

“Kita telah pun mengenal pasti tempat-tempat tersebut dan akan melakukan pemerhatian daripada semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas melaksanakan operasi sempena Op Patuh di sekitar daerah Perak Tengah di sini hari ini.

Menurut Barudin, pemantauan akan dipertingkatkan di kawasan-kawasan tersebut khususnya dusun durian terutama pada hujung minggu.

“Kita sudah kenal pasti beberapa tempat yang sebelum ini dijadikan sebagai tapak untuk mengadakan makan durian beramai-ramai khususnya di tepi sungai dan dusun durian.

“Pemantauan ini akan sentiasa diadakan kerana sekarang pun sedang musim durian. Jadi, saya nasihatkan masyarakat agar patuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI