fbpx

Kenyataan bendera putih, Mufti Pulau Pinang mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim Wan Mohd. Noor

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan beliau semalam mengenai isu memohon bantuan secara mengangkat bendera putih.

Menurutnya, kenyataan beliau yang tidak bersetuju dengan pendekatan itu adalah semata-mata didorong kebimbangan ia boleh menggugat akidah seseorang Muslim.

Menjelaskan lebih lanjut katanya, perkara itu boleh berlaku jika tindakan tersebut bermotifkan sikap berputus asa daripada rahmat Allah S.W.T dan tidak bersabar terhadap ujian-Nya.

“Tidak terlintas sama sekali di hati saya niat untuk menghalang tindakan tersebut jika ia difikirkan boleh dijadikan satu cara berkesan untuk menyedarkan pihak berkuasa dan masyarakat awam serta memudahkan semua pihak menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Wan Salim dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan mengibarkan bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup yang dihadapi untuk menagih bantuan.

Jelas beliau, pihaknya beranggapan tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

Bagaimanapun kenyataan itu menimbulkan salah faham dan diperdebatkan di media sosial termasuk terdapat netizen melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan pendirian tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI