fbpx

Tak imbas MySejahtera majikan dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa pekerja warga asing disebuah kilang dalam Ops Pematuhan SOP di Parit Buntar.

PARIT BUNTAR – Dua majikan masing-masing dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan pekerja mereka mengimbas kod MySejahtera yang merupakan kesalahan dalam Ops Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, semasa pemeriksaan ke atas kilang yang terletak di kawasan Perindustrian Parit Buntar dekat sini mematuhi arahan dengan beroperasi mengikut jumlah pekerja yang dibenarkan

Bagaimana pun katanya, pemeriksaan mendapati kedua-dua majikan ini gagal memastikan pekerja mereka mengimbas kod MySejahtera sebagaimana SOP yang telah diwartakan oleh kerajaan.

“Hasil semakan seramai 13 pekerja termasuk empat warga asing tidak mengimbas kod aplikasi MySejahtera

“Bagi kesalahan itu juga polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kepada sembilan pekerja warga tempatan menjadikan jumlah kompaun sebanyak RM13,500,” katanya kepada pemberita.

Operasi turut disertai penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Daerah Kerian (MDK).

Semua kompaun itu dikeluarkan di bawah peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Dalam pemeriksaan sama, polis menahan empat pekerja warga asing iaitu Myanmar dan Nepal yang dibawa ke Balai Polis Parit Buntar untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI