fbpx

Gas Malaysia bantu penduduk PPR Lembah Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penduduk PPR Lembah Subang yang menerima bantuan barang keperluan harian daripada Gas Malaysia hari ini. - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PETALING JAYA – Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) menyerahkan barangan keperluan harian kepada 100 penduduk kurang berkemampuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, inisiatif di bawah program MMC Prihatin itu merupakan usaha berterusan bagi membantu meringankan beban masyarakat ketika berdepan cabaran pandemik.

“Sebagai warga korporat yang prihatin, kami melihat kejayaan entiti perniagaan dibangunkan atas landasan sikap peduli untuk menyumbang ke arah kemajuan masyarakat terutamanya mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami menjangka akan melakukan tiga hingga empat siri lagi program sebegini melibatkan 100 hingga 150 penerima setiap sesi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu kepada lima penerima sebagai simbolik penyerahan di Masjid Ara Damansara.

Katanya, pengedaran barang itu akan diruskan pengurusan masjid dan turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Halimey Abu bakar dalam mengenalpasti golongan sasar yang memerlukan bantuan.

Antara barang keperluan harian yang disumbangkan ialah beras, minyak masak, bihun, pelitup muka, gula dan produk penjagaan kebersihan.

Seorang penerima, Mat Nordin Ishak, 52, berkata, bantuan itu sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula esok.

“Alhamdulillah penduduk di sini tidak pernah berasa bersendirian berdepan cabaran penularan wabak Covid-19 yang meningkat beberapa hari ini,” kata bapa sembilan orang anak itu.

Seorang lagi penerima Musrihat Pahat, 52, berkata, sebagai ibu tunggal dia bersyukur ramai pihak yang prihatin dan tidak putus-putus menghulurkan pelbagai bantuan kepada penduduk yang terjejas.

“Saya mempunyai masalah sukar bergerak dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Ketika ini saya hanya mampu membuat kuih untuk dijual secara kecil-kecilan,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI