fbpx

Lapan keluarga Taman Murni dikesan ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa mengawal laluan keluar masuk di sekitar kawasan Taman Murni, Sepang berikutan PKPD bermula 30 Jun hingga 13 Julai hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Sejumlah lapan keluarga di Taman Murni, dikesan ‘hilang’ selepas polis melakukan pemeriksaan kemas kini data penduduk di taman berkenaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan kemas kini data penduduk mendapati lapan buah rumah yang berpenghuni ‘tiada’ penduduk.

Katanya, jumlah itu berdasarkan daripada 465 buah rumah yang diperiksa manakala rumah kosong tidak berpenghuni sebanyak 69 buah.

“Jumlah penduduk di Taman Murni adalah seramai 1,588 orang terdiri daripada dewasa lelaki seramai 572,wanita dewasa (663), kanak-kanak lelaki (188) dan kanak-kanak perempuan (165),” katanya kepada pemberita selepas melaksanakan Ops Patuh di sebuah kilang di Sepang di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, bagaimanapun, polis menerima kemasukan sebuah keluarga kelmarin kira-kira pukul 5.30 petang.

Katanya, keluarga itu terdiri daripada seorang wanita dan tiga kanak-kanak meminta masuk semula ke kediaman mereka secara sukarela.

Tambahnya, sejak pelaksanaan PKPD Taman Murni, kawasan perumahan itu dipantau dan dikawal secara terperinci dengan penduduk taman tidak boleh keluar masuk dengan bebas.

“Selain pelaksanaan PKPD, ujian saringan penduduk dan suntikan vaksin Covid-19 turut diberikan kepada penduduk taman dan mereka mendapat kelebihan di situ di samping menerima bekalan bantuan makanan yang mencukupi hasil pemberian pertubuhan bukan kerajaan serta ahli majlis perbandaran dan agensi kerajaan,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI