fbpx

Pulau Pinang benar laksana korban di pusat ternakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan ibadah korban dilaksanakan di pusat atau ladang peternakan di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd. Zakuan Zakaria berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan ibadah korban seperti yang diumumkan sebelum ini juga digunapakai sekiranya orang ramai mahu melakukan korban di pusat atau ladang ternakan.

“SOP sebelum ini kita hanya benarkan ibadah korban dilakukan masjid, surau dan di pusat sembelihan.

“Namun dalam SOP terbaharu, kebenaran diberikan bagi memberikan peluang serta kemudahan kepada orang ramai melaksanakan ibadah korban di pusat atau ladang ternakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Zakuan, pihaknya menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk mengadakan ibadah korban di pusat ternakan yang mempunyai ruang lebih luas.

“Kita dapati ada masjid serta surau di negeri ini yang mempunyai ruang terhad, jadi kebenaran ini dapat memudahkan orang ramai melaksanakan ibadah mereka,” katanya.

Sebelum ini, Pulau Pinang membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat SOP serta hanya boleh dilakukan di masjid, surau dan di pusat sembelihan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI