fbpx

Merayu, menangis minta beberapa cupak beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Food bank anjuran MPKK Bukit Gemuroh di Teluk Kumbar membantu masyarakat setempat.

BALIK PULAU – Biarpun perasaan malu yang menebal, namun mereka yang terjejas teruk dari segi pendapatan sanggup mengenepikan perasaan itu untuk merayu diberikan bantuan makanan terutamanya bagi mengalas perut anak-anak.

Seorang ibu muda berusia 20-an di Teluk Kumbar di sini misalnya, sanggup merayu untuk meminta beras dan ikan sardin bagi mengalas perut dua anak yang masih kecil.

Dia merupakan antara penerima barangan keperluan harian di food bank atau bank makanan anjuran enam sukarelawan wanita dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gemuroh.

Setiausaha MPKK Bukit Gemuroh, Rosmawati Hashim berkata, ramai dalam kalangan pasangan muda berusia di antara 20 hingga 30-an yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 dan memerlukan bantuan barangan keperluan makanan.

“Seramai 20 individu terdiri daripada pekerja kilang, hotel, kakitangan yang diberhentikan kerja, peniaga kecil dan nelayan telah datang untuk mengambil barangan keperluan dalam tempoh kurang dua minggu program ini dilaksanakan.

“Ada yang menangis ketika menghubungi kami pada lewat malam sambil merayu memberinya hanya beberapa cupak beras untuk mengisi perut anak-anak di rumah dan ada juga meminta sardin untuk dijadikan hidangan utama keluarga,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penubuhan food bank sejak 14 Jun lalu dibuat selepas pihaknya menyedari terdapat penduduk setempat yang berdepan masalah kewangan dan terputus bekalan makanan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI