KLANG – Tindakan sebuah syarikat pembekalan makanan mengimport 28 tan daging kerbau sejuk beku tanpa permit import sah mengundang padah apabila dirampas di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.
Daging dari India bernilai RM290,786.06 itu dirampas pukul 12.15 tengah hari pada Selasa lalu hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor.
Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, siasatan mendapati kontena yang berisi daging itu telah berada di pelabuhan tersebut sejak 13 Jun lalu.
Katanya, semakan mendapati ini adalah kesalahan pertama dilakukan syarikat yang beroperasi di sekitar Lembah Klang itu.
Difahamkan syarikat tersebut juga menjalankan perniagaan secara francais.
“Hasil pemeriksaan mendapati syarikat itu gagal mengemukakan permit import Maqis yang sah terhadap kesemua daging itu.
“Daging itu diimport untuk kegunaan sendiri dan pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929