fbpx

Alizakri Pengerusi baharu MAVCAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia Venture Capital Management Bhd. (MAVCAP) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias sebagai pengerusinya yang baharu berkuatkuasa semalam.

MAVCAP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, Alizakri memiliki karier menarik dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan kanan dan peringkat lembaga pada bidang pengurusan dana, sektor kewangan, perbankan, keselamatan sosial, kesihatan dan hartanah.

Beliau menyertai KWSP pada 2014 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) sebelum berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari 2018 hingga Februari 2021.

“Semasa perkhidmatannya,  Alizakri telah melancarkan dana ekuiti swasta berasaskan syariah pertama dan terbesar di dunia, selain menubuhkan dana i-Lestasi sewaktu pandemik Covid-19. 

“Di bawah kepimpinan beliau, KWSP menjadi dana pencen Asia pertama yang menetapkan sasaran alam sekitar, sosial dan tadbir urus bagi portfolionya untuk dicapai pada tahun 2030,” katanya.

Sebelum menyertai KWSP, Alizakri memegang jawatan penting di Bank Negara Malaysia, DiGi Telelcommunications dan Maybank. 

Beliau kini merupakan ahli lembaga dalam dua syarikat tersenarai iaitu IHH Healthcare Bhd. dan Sime Darby Plantation Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI