fbpx

Michael Ang membebel jangan bazirkan air!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHAEL ANG

PETALING JAYA – Leteran pengarah drama terkenal Michael Ang mencuri perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila menasihatkan masyarakat supaya tidak membazirkan sumber air.

Ujar pengarah bermulut ‘laser’ itu, dia terlintas untuk menegur sikap tentang suka membazirkan air kerana melihat sendiri pemandu peribadinya berbuat demikian ketika mencuci kereta.

“Sebuah lagi video meroyan. Hari ini saya turun bawah tengok pemandu saya sedang mencuci kereta. Dia sedang lap kereta tetapi membiarkan air mengalir (tidak menutup pili paip). 

“Itukan membazir namanya! Janganlah membazir air. Mentang-mentanglah air dekat Malaysia ini antara yang termurah berbanding negara-negara lain,” tegurnya.

Katanya lagi, masyarakat terutamanya yang duduk di negeri Selangor juga patut bersyukur kerana air di Selangor adalah antara termurah di Malaysia berbanding negeri-negeri lain.

“Rasanya air dekat Selangor kedua paling murah selepas Perak. Tapi tak bermakna anda semua boleh membazir air,” katanya.

Selain menegur sikap membazir air, Michael turut menyelar sikap segelintir masyarakat yang suka mengeluh kerana mendakwa menerima bil air yang tinggi sehingga enggan membayar bil tersebut.

“Lagi satu untuk mereka yang suka mengadu sebab bil air tinggi. Anda pernah buat pemeriksaan ke mungkin ada paip air yang bocor. Lepas itu tak mahu bayar bil air.

“Tahu tak duit bil yang anda bayar itu digunakan untuk membaiki perkhidmatan air? Tak nak ke suatu hari nanti bukak sahaja paip air dah boleh terus minum. Saya nak seperti itu,” jelasnya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya dalam Instagram bersetuju dengan perkongsian Michael tentang isu pembaziran air. Malah ada dalam kalangan pengikutnya turut berkongsi pengalaman asing-masing.

“Betul kata Mike (panggilan nama Michael). Saya punya bil RM30 setiap bulan. Rupanya ada kebocoran paip dekat tandas,” kata salah seorang pengguna Instagram.

“Betul. Janganlah membazir air. Bersyukurlah rumah ada air. Rumah saya duduk dah lama air kena potong,” komen seorang lagi pengikutnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI