GEORGE TOWN – Pembeli kuih-muih di gerai jalanan terkejut apabila mendapati pau sambal atau lebih popular dengan nama burger Malaysia dijual pada harga RM1 sebiji.
Tinjauan Kosmo! di beberapa gerai menjual kuih-muih di sekitar Bayan Lepas dan Sungai Ara di sini mendapati kuih berkenaan yang bersaiz hampir sama dijual pada harga di antara 50 sen sehingga RM1.
Seorang pelanggan, Siti Azila Mahmud, 55, berkata, dia terkejut dengan tindakan sebilangan sikap peniaga yang meletakkan harga tidak masuk akal itu ketika rakyat sedang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Kuih burger Malaysia yang dijual RM1 sebiji sudah sama harga dengan sebungkus nasi lemak ikan atau nasi lemak ikan bilis.
“Nak kata saiznya besar dan berbaloi dengan harga pun tidak juga kerana kuih serupa dengan bentuk dan yang saiz sama kini dijual hanya 50 sen sebiji,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader berkata, peniaga kuih-muih di negeri ini tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika masih banyak gerai makanan itu belum dibuka ketika ini.
“CAP mendapati tiada berlaku kenaikan drastik harga bagi bahan mentah untuk membuat kuih seperti tepung dan gula kecuali minyak masak,” jelasnya ketika dihubungi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-7627292