fbpx

Polis mulakan siasatan dakwaan Anju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina Anjoulie.

SEREMBAN – Polis mengesahkan menerima laporan daripada selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang didakwa bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita.

Ia susulan tindakan yang dilakukan individu tersebut mengenai tahanan polis yang dipercayai membabitkan dirinya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, siasatan akan dilakukan pihaknya berhubung dakwaan Zarina itu.

Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman

“Kami ada menerima laporan berkait fakta isu ini dan siasatan dijalakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut dan tidak memaklumkan bila dan di mana laporan polis itu dibuat.

Menerusi perkongsian di Instagram yang sudah dipadamkan, Zarina juga akan menentang secara habis-habisan isu berkenaan.

“Alhamdulillah, laporan sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan, saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut.

“Saya akan menentang habis-habisan tentang isu ini. Memandangkan anggota ini nak tular dan glamor, saya akan bagi dia glamor yang dia idamkan. Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggaota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib juga?” katanya Zarina.

Kelmarin Kosmo! melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan,

Biarpun pihak polis tidak mendedahkan identiti selebriti tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Zarina. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI