fbpx

Benitez terima tawaran Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENITEZ dilantik mengemudi Everton musim baharu nanti selepas Ancelotti memilih menyertai Real Madrid. – AFP

LIVERPOOL – Bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez akhirnya kembali semula ke Merseyside tetapi kali ini bukan bersama The Reds sebaliknya menyertai seteru setempat mereka, Everton.

Pengurus berusia 61 tahun itu menerima tawaran kontrak selama tiga tahun di Goodison Park untuk menggantikan Carlo Ancelotti yang membuat kejutan kembali ke Real Madrid.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Benitez memang berada dalam senarai calon pe­ngurus pilihan Everton bersama beberapa yang lain termasuk Roberto Martinez, Eddie Howe dan Nuno Espirito Santo.

“Anda boleh melihat bagaimana cita-cita besar yang dimiliki kelab ini. Ini adalah sebuah kelab yang sedang meningkat naik.

“Pada saya ia adalah mengenai bagaimana kami mampu untuk menerapkan mentaliti kemenangan dan menjadi kompetitif.

“Saya sangat tertarik dengan kesungguhan mereka yang berada di belakang kelab ini. Saya mengenali para penyokong yang sentiasa mahu pastikan kelab ini mampu memberikan saingan serta memenangi sesuatu.

“Saya suka bersaing dan menang. Saya datang dari Akademi Real Madrid (sebagai pemain dan jurulatih) mentaliti kemenangan itu sudah tertanam. Saya dan bersama staf kejurulatihan lain sudah meraih 13 gelaran sebelum ini kerana kami memiliki mentaliti tersebut.

“Saya bersetuju untuk bersama Everton kerana tertarik dengan idea untuk menjadikan pasukan ini kembali menjadi kompetitif dan mendapatkan peluang untuk memberikan sai­ngan dalam setiap perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI