fbpx

Keselesaan pelitup muka khas riadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMPIL bergaya semasa bersukan dengan UA Sportsmask.

SESEORANG itu bukan sahaja boleh bergaya dalam pemakaian formal atau kasual harian, bahkan saat bermandikan keringat sewaktu bersukan.

Apatah lagi pada masa kini, pemakaian sukan sudah dijadikan persalinan menarik yang santai dan selesa.

Rentetan daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia, terdapat pelbagai jenama yang menawarkan pelitup muka bergaya. Jenama fesyen sukan terkemuka dunia, Under Armour (UA) turut menawarkan pakaian mesra kesihatan yang tersendiri.

Terkini, pasukan inovasi Under Armour telah menghasilkan pelitup muka UA Sportsmask yang boleh dipakai ketika melakukan aktiviti kecergasan atau latihan sukan.

Pelitup muka yang menampilkan gaya ringkas dan penuh karismatik itu direka untuk memberi pernafasan yang maksimum supaya para atlet dan pencinta aktiviti kecergasan dapat beraksi dengan selesa.

Selain itu, UA Sportsmask juga direka bersifat kalis air, boleh dicuci dan digunakan semula, lantas menjadikannya mesra alam.

Pastinya, dilema setiap orang yang memakai pelitup wajah ialah titisan peluh terperangkap di dalamnya kerana tiada ruang udara yang baik.

Justeru, pasukan pereka pelitup muka Under Armour telah melakukan inovasi dengan membuat ‘jambatan’ pada bahagian hidung bagi membolehkan udara mengalir dengan baik selain mengelakkannya terus ke bahagian mata sehingga menyebabkan cermin mata berkabus bagi mereka yang berkaca mata.

Menurut Naib Presiden Inovasi Bahan Under Armour, Kyle Blakely, UA Sportsmask menampilkan tiga lapisan unik yang direka khas untuk atlet ketika beraksi.

“Lapisan pertama menggunakan fabrik spacer yang sangat ringan tetapi mempunyai poket udara bagi memastikan udara mengalir dengan baik di bahagian hidung dan mulut.

“Lapisan kedua pula menggunakan open cell foam yang membenarkan udara untuk masuk, namun menghalang kelembapan dan perpeluhan daripada terperangkap di dalam pelitup muka itu,” katanya.

 

PELITUP wajah oleh Under Armour sesuai digayakan lelaki dan wanita.

 

Lapisan terakhir pula menggunakan fabrik UA Iso-Chill yang mana kainnya sejuk dan nyaman pada kulit serta mampu meregang, sekali gus menambah keselesaan kepada si pemakai.

Ulas Blakely, pihaknya juga menggunakan teknologi antimikrob bukan logam bagi menghalang pertumbuhan bakteria pada pelitup wajah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Under Armour, Patrik Frisk berkata, idea pembikinan UA Sportsmask bermula sejak pertengahan Mac lalu apabila jenama tersebut turut membantu menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk diedarkan kepada pasukan kesihatan dan organisasi yang terlibat dalam memerangi Covid-19.

Semasa proses penghasilan PPE itu, pengasas Under Armour, Kevin Plank menyedari perlunya solusi pemakaian untuk menyokong para atlet menjalani latihan sepanjang pandemik itu.

“Pihak kami sedar, para atlet memerlukan solusi segera agar mereka dapat kembali membuat latihan secara berkumpulan dalam keadaan selamat dan sihat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Berdasarkan pengalaman lepas, kami percaya fabrik dan prestasi harus menjadi fokus utama, maka kami mencari kombinasi kain yang sesuai untuk membuat pelitup muka ini yang menawarkan ciri pernafasan maksimum,” tuturnya.

Didatangkan dengan warna hitam, UA Sportsmask menyuntik gaya sporty dan menyerlahkan personaliti si pemakai. UA Sportsmask direka untuk lelaki dan wanita.

Frisk berkata, pihaknya ingin memberi penyelesaian buat para atlet dalam menghadapi masa mencabar ini dengan menghasilkan pelitup muka khas bagi aktiviti sukan.

“Kami juga ingin memberi peluang kepada orang ramai yang sukakan aktiviti sukan agar dapat bersukan dengan penuh perlindungan,” ujarnya.

UA Sportsmask dijual pada harga RM109 seunit dan boleh dibeli secara online di www.underarmour.com.my atau kedai-kedai Under Armour seluruh Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI