JEMPOL – Tindakan tiga lelaki mengibarkan bendera putih di rumah masing-masing di Kampung Mahsan dan Taman Mahsan di sini berhasil apabila mereka mula menerima bantuan selepas ia tular di media sosial.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong berkata, dia segera ke rumah itu sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu dan mendengar sendiri masalah yang dialami isi rumah tersebut.
“Mereka hilang pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh pada 1 Jun lalu. Ketiga-tiganya merupakan lelaki yang tinggal bersendirian berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun.
“Dua daripadanya bekerja sebagai buruh ubah suai, namun sejak PKP Penuh, mereka tidak dapat bekerja dan terputus pendapatan serta hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929