SEMENYIH – Tindakan 28 individu mendaki Bukti Broga mengundang padah selepas mereka ditahan polis susulan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Tangkapan itu dibuat semalam dan kelmarin selepas anggota polis membuat rondaan dan pemantauan PKPP di kawasan pendakian tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 44 tahun.
“Sebanyak 26 kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 18 Peraturan 10/11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Namun, dua daripada 28 individu itu ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pendakian di Bukit Broga.
“Pendakian masih tidak dibenarkan dan polis akan mengambil tindakan sekiranya ada pihak melanggar SOP PKPP,” ujarnya. – K! ONLINE.