fbpx

PKPD seluruh Selangor,KL bakal diumum petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Kerajaan bakal mengumumkan tindakan sewajarnya di Selangor dan Kuala Lumpur petang ini bagi memastikan rantaian jangkitan kes dapat diturunkan.

Pengumuman tersebut berikutan kes positif Covid-19 di dua negeri itu masih berada di tahap tertinggi walaupun selepas beberapa minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dan Fasa Satu Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tindakan yang akan dilakukan mungkin termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam beberapa mukim dan daerah di Selangor.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan memberi tumpuan kepada kedua-dua negeri berkenaan dengan langkah terperinci sedang diperhalusi.

“Untuk buat PKPD di Selangor mudah sebenarnya, kita boleh gunakan daerah dan mukim tetapi di Kuala Lumpur tiada sempadan daerah dari segi pentadbiran, itu yang kita sedang kaji.

“Petang ini saya akan umumkan tindakan kita di Selangor dan Kuala Lumpur yang kita nampak menyebabkan kes tak turun. Kes di Selangor campur Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan catat jumlah separuh daripada kes seluruh negara,” katanya selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ismail Sabri turut memberi bayangan bahawa operasi kilang di Selangor akan ditutup susulan pengumumannya petang ini.

“Kalau saya umumkan tentang Selangor petang ini, mungkin ada gambaran kilang akan ditutup. Mana-mana yang ada dalam mukim tersebut automatik akan ditutup,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI