fbpx

Hati-hati dengan janji manis ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (dua dari kanan) ketika meninjau pelaksanaan Op Vulture bagi membanteras kegiatan ah long di Taman Saga, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran menarik dan ‘janji manis’ pemberi pinjam wang tidak berlesen atau ah long yang dilihat semakin agresif menawarkan pinjaman wang mudah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ah long dikesan aktif membuat promosi terutamanya dengan menambah jumlah gegantung di tepi jalan.

Katanya, iklan-iklan yang digantung tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa itu juga memaparkan tawaran tidak masuk akal bagi menjerat orang ramai yang mungkin terkesan dengan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Hingga Mei tahun ini, terdapat 14 kertas siasatan dibuka berkaitan kes ah long manakala 20 kes lagi melibatkan penipuan dalam talian serta media sosial dengan suspek menyamar sebagai rakan, saudara mahu pun pihak berkuasa bagi memperdaya mangsa.

“Sindiket ini jelas mengambil kesempatan pada waktu sukar begini dan saya menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dengan mereka. Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis ditawarkan kerana pada akhirnya, sindiket ini biasanya akan membuatkan mangsa merana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Ops Vulture bagi membanteras kegiatan ah long di seluruh negeri ini di Taman Saga di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI