fbpx

Ambil upah mesin rumput teruskan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari aplikasi TikTok yang memaparkan seorang lelaki sanggup bekerja memotong rumput di kawasan perumahan bagi meneruskan kehidupan.

PETALING JAYA – Disebabkan ketiadaan wang, seorang lelaki sanggup mengambil upah untuk memotong rumput bagi meneruskan kehidupan di kawasan kejiranannya.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @shashaadilla memaparkan kegiatan lelaki tersebut yang sedang bersiap untuk memotong rumput di kawasan rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut pengguna tersebut, pada awalnya dia sekeluarga berasa takut kerana dia tidak mengenali lelaki itu dan risau akan ditipu disebabkan mereka sekeluarga baru sahaja berpindah di kawasan kejiranan itu.

“Kami baru sahaja berpindah di kawasan ini, jadi kami berasa agak risau. Namun, kami buat keputusan untuk tawakal kerana kami pun tidak tahu jika lelaki tersebut mempunyai masalah dan sekurang-kurangnya dia mendapat upah atas pekerjaan yang dia lakukan,” jelas pengguna itu.

Rata-rata pengguna di aplikasi TikTok berasa terharu atas kebaikan yang dilakukan oleh pengguna tersebut dan memuji kesungguhan lelaki itu mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

“Alhamdulillah, yang sedar diri bahawa dia masih boleh guna tenaga dan kudratnya sendiri untuk mencari rezeki yang halal, dia sanggup bekerja walaupun pekerjaannya itu sukar dan yang penting ada rezeki untuk anak dan keluarganya,” kata pengguna @hanaradzi.

“Betul tu kak. Sekarang ini semua orang sedang susah hati sebab ada yang hilang pekerjaan dan tiada pendapatan lain. Semoga akak dan keluarga abang itu dimurahkan rezeki selalu,” balas @zimbakwe88.

“Alhamdulillah awak berkongsi rezeki dengan yang memerlukan. Pada pendapat saya, sebenarnya waktu sebegini Allah mahu menguji hambaNya sama ada mahu bantu atau tidak. Saya bangga dengan awak,” ujar @ummi_anasara. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI