fbpx

myMANJUNG mudahkan urusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi myMANJUNG juga boleh digunakan untuk menyalurkan aduan awam termasuk melibatkan penjaja di daerah Manjung.

MANJUNG – Sesuai dengan situasi norma baharu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hari ini memperkenalkan aplikasi myMANJUNG yang boleh diakses untuk pelbagai urusan melibatkan pihak berkuasa tempatan itu dengan orang ramai.

Antaranya bagi urusan e-Semak (semakan lesen, kompaun pelbagai, cukai taksiran dan bil air gerai milik MPM), e-Billing, pembayaran dalam talian dan menyemak sejarah pembayaran.

Tim Media myMANJUNG MPM dalam satu kenyataan memberitahu, perkhidmatan tersebut boleh diakses menerusi pautan https://mymanjung.mpm.gov.my bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan hanya pada hujung jari.

Menurut kenyataan tersebut, aplikasi myMANJUNG juga boleh digunakan untuk menyalurkan aduan awam termasuk melibatkan penjaja di daerah Manjung.

“Mereka boleh melakukan urusan permit penjaja secara terus melalui aplikasi ini. Kedua-dua perkhidmatan tersebut akan mula dapat diakses pada aplikasi ini mulai Ogos nanti.

“Buat masa ini aplikasi ini diakses menerusi laman web dan dalam sedikit masa lagi myMANJUNG boleh dimuat naik pada telefon bimbit melalui Google Playstore dan Appstore,” kata kenyataan tersebut.

Menerusi aplikasi baharu ini nanti ia akan menawarkan lebih banyak perkhidmatan tanpa perlu ke kaunter sejajar dengan langkah MPM ke arah mendigitalkan semua urusan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI