fbpx

Rumah transit diserbu, 47,600 pil ekstasi dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (kanan) menunjukkan rampasan pil ekstasi bernilai RM856,800 pada sidang akhbar di IPK Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Cubaan sindiket antarabangsa menyeludup keluar dadah jenis ekstasi ke negara jiran melalui jalan laut terbantut apabila rumah transit sindiket itu di Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi dekat sini diserbu polis, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan pukul 11 pagi itu, polis merampas 47,600 pil dipercayai jenis ekstasi seberat 16 kilogram (kg) bernilai RM856,800.

Menurutnya, polis turut menahan dua lelaki warganegara Indonesia yang mendapat penduduk tetap (PR) berusia 51 dan 60 tahun serta seorang penduduk tempatan berusia 24 tahun.

“Modus operandi kegiatan pengedaran dadah ini adalah dengan menjadikan rumah tumpangan itu sebagai transit sebelum dadah diseludup dan dihantar ke negara jiran melalui jalan laut.

“Setelah dadah disimpan di rumah transit itu, suspek lelaki tempatan yang berperanan sebagai tekong laut itu akan menyeludup bekalan dadah itu ke negara jiran.

“Kita sudah menjejaki sindiket ini sejak beberapa bulan yang lalu dengan mengesan dua lelaki Indonesia yang berperanan sebagai penghantar bekalan dadah dari Ulu Tiram ke Rengit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI