fbpx

Dalang Geng Jimmy berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CHERAS – Polis mengesahkan dalang sindiket Kontraban yang aktif dalam kegiatan penyeludupan rokok dikenali Geng ‘Jimmy’ berjaya diberkas di sekitar Klang, pada 21 Jun lalu.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, individu tersebut diberkas melalui satu operasi khas yang dilaksanakan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

“Kita percaya sindiket penyeludupan terbesar itu mempunyai rangkaian yang dipimpin oleh ketuanya yang dikenali sebagai ‘Jimmy’.

“Mereka disyaki menjadikan pesisiran pantai di Kapar, Klang; Pantai Morib, Banting dan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai lokasi membawa masuk barang seludup melalui tekong bot yang diupah dengan bayaran lumayan,” ujarnya pada sidang akhbar berkaitan kejayaan Ops kontraban, Ops nyah, Ops benteng di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA Cheras, dekat sini hari ini.

Jelas beliau, selain Geng Jimmy, Geng Ben juga pernah timbul dan dikaitkan dengan kegiatan tersebut, namun maklumat berkenaan kegiatan mereka masih dalam siasatan.

“Briged Tengah PGA akan terus berusaha mengesan dan mengumpul maklumat dalam menumpaskan rangkaian sindiket berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Geng Jimmy aktif dalam kegiatan penyeludupan rokok di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.

Geng Jimmy didakwa menggunakan bot barter trade dan bot pancung untuk membawa masuk rokok dari Indonesia dan Vietnam melalui jalan laut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI