PETALING JAYA – Seramai 1,721 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 tidak menduduki peperiksaan tersebut Mac lalu.
Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Prof. Ts. Dr. Wahid Razzaly berkata, bilangan calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2020 seramai 44,704.
“Manakala yang hadir adalah sebanyak 42,983 calon (96.15 peratus),” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara dalam talian hari ini.
Wahid berkata, bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki STPM 2020 pada keseluruhannya menurun sebanyak 3.32 peratus.
Menurut beliau, ia merupakan penurunan daripada 46,237 calon yang mendaftar pada tahun STPM 2019.
Kata beliau, kehadiran calon pada tahun 2020 juga menurun daripada 44,823 pada tahun 2019 kepada 42,983.
“Menurun sebanyak 4.11 peratus atau berkurang sebanyak 1,840 calon,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929