fbpx

Lucu! Ayda Jebat potong rambut Nabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Ayda dan suaminya. Nabil disifatkan comel dan lucu oleh peminat.

KETIKA musim pandemik, ramai menggesa agar kedai gunting rambut dibuka tetapi lain pula yang jadinya kepada pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir.

Mana tidaknya, baru-baru ini pasangan comel itu memuat naik video memaparkan momen Ayda menggunting rambut suaminya.

Lucunya, potongan rambut baru yang dilakukan Ayda terhadap Nabil membuatkan pengacara itu kelihatan seperti pelajar sekolah.

“Ini 33 tahun ke 13 tahun? Tidur awal malam ini, esok sekolah ya Billy (Nabil),” tulis Ayda dalam ruangan kapsyen.

Meskipun potongan rambutnya kelihatan seperti budak sekolah, Nabil tetap reda dengan gaya terbaharunya.

“Bila Ayda guntingkan rambut. Batu-belah batu bertangkup jadinya. Anda berani tak beri isteri potongkan rambut? Abang reda,” kata bekas pengacara Hlive itu.

Macam-macam perangai dan gelagat lucu yang dapat dilihat sepanjang tempoh pandemik. Ada hikmah juga Ayda gunting rambut Nabil dengan gaya begitu, nampak lebih muda sedangkan dia bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

Namun, apabila dilihat semula, kemas juga potongan rambut yang dilakukan Ayda. Ada bakat rupa-rupanya, selepas ini bolehlah gunting rambut anak sulung mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

MIZZ LAHAR: Setuju atau tidak, ramai yang bersyukur apabila dibenarkan mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat kali ketiga? Tua nanti, cerita lainlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI