fbpx

Lupin 2 kurang menyengat, naratif okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUPIN Part 2 telah berada dalam Netflix sejak 11 Jun.

BARANGKALI ramai antara peminat tegar siri Original Netflix, Lupin sudah menonton bahagian kedua drama tersebut yang sudah pun dilancarkan sejak 11 Jun lalu.

Apa pendapat anda tentang bahagian kedua karya tersebut? Buat penulis secara peribadi, karya arahan Ludovic Bernard dan Hugo Gélin tersebut sudah cukup bagus, namun masih tidak boleh menandingi bahagian pertama.

Lupin Part 2 bagaimanapun tidak tergelincir daripada kotak kualiti sambungan daripada babak pertama. Cumanya, pada hemat peribadi, kurang menyengat terutama dari segi aksi.

YOUSSEF GUEDIRA, watak polis budiman yang turut berkongsi minat terhadap Lupin sama seperti Assane

Jangkauan

Part 1 sudah melangkaui jangkaan penonton secara positif. Justeru, untuk Part 2, tidak salahnya orang mempunyai jangkaan yang lebih sebagai kesinambungan.

Bahagian pertama sudah dimampatkan dengan pelbagai konflik dan aksi, namun aspek tersebut kurang ditonjolkan untuk bahagian kedua, namun tidak mencacatkan perjalanan keseluruhan cerita setakat ini.

Bagi penulis secara peribadi, konflik yang dicetuskan untuk Part 2 tidak diterjemahkan dengan sebaik-baiknya oleh mereka yang duduk di bangku pengarah.

Secara perbandingan, penulis mengambil masa lebih sebulan untuk move on daripada terus mengingati kehebatan Part 1, namun untuk Part 2, tempoh seminggu sudah cukup lama bagi melupakan kualiti yang diterjemahkan Lupin.

Dari segi persembahan karakter, Omar Sy tetap menjalankan peranan dengan sempurna. Assane Diop masih berbekas dengan kelicikannya sebagai gentleman burglar yang dicernakan karakternya berdasarkan watak ikonik Perancis, Arsène Lupin.

NADIB Assane dan anaknya, Raoul ditentukan dalam Lupin 2.

Klimaks

Babak klimaks ketika Assane di ‘atas puncak’ untuk menundukkan seterunya, Hubert Pellegrin masih mempunyai ruang dalan hati penulis sehingga kini. Masakan tidak, babak tersebut disempurnakan dengan mainan orkestra yang mahal dan pertunjukan mewah sehingga mampu memacu adrenalin.

Seperkara lagi, penulis amat tertarik dengan cetusan kimia antara Assane dengan sahabat baiknya, Benjamin Ferel (lakonan Antoine Gouy) yang berusaha bermati-matian untuk menumpaskan Pellegrin.

Watak Gabriel Dumont sebagai Vincent Garanger juga memberi kesan tersendiri kepada penulis. Dengan segala ‘kebobrokan’ yang berlaku di Malaysia sekarang, membuatkan penulis mendambakan energi sama datang daripada pihak berkuasa.

Apa lagi yang menarik? Pengenalan karakter baharu bernama Courbet. Transformasi dirinya yang didalangi Assane dan Ben sangat berkesan dan semua itu membuat penonton termasuk penulis teruja menantikan plot selanjutnya menerusi Part 3 dan Part 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI