fbpx

OKU ambil upah pungut sampah dari rumah ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan AHMAD NABIL memungut sampah dari rumah pelanggannya di Kampung Kutan Tengah, Tumpat semalam.

TUMPAT – Terkesan selepas hilang punca pendapatan sebagai tukang urut tradisional sejak setahun lalu menjadikan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) sanggup membuat perkhidmatan memungut sampah dari rumah ke rumah demi kelangsungan hidup.

Wan Ahmad Nabil Wan Abdul Wahid, 30, yang berasal dari Kampung Kutan Tengah di sini terpaksa membuang rasa malu untuk menyara kedua-dua ibu bapa, Wan Abdul Wahid Wan Mamat, 64, dan Rohana Ngah, 54, bersama empat adiknya de­ngan seorang masih bersekolah.

Katanya yang mengidap penya­kit sawan, dia bekerja sebagai tukang urut tradisional sejak 12 tahun lalu, namun tidak dapat meneruskan pekerjaan­nya itu apabila jangkitan ­Covid-19 me­nular.

“Saya buntu mencari pendapatan selepas tidak dapat mengurut. Saya pernah terfikir untuk menjual air minuman di tepi jalan, namun hasrat itu dilupakan kerana beranggapan bahawa orang ramai tidak keluar rumah ketika ini.

“Akhirnya, saya mendapat idea untuk membuat khidmat memungut sampah dari rumah,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ujarnya, pada peringkat awal memulakan perkhidmatan ter­sebut, dia hanya mendapat pe­langgan dari dua buah rumah, namun kini khidmatnya sudah bertambah apabila mempunyai 30 orang pelanggan di Kutan Sungai, Kutan Hilir, Kutan Hulu dan Kampung Baru, Pasir Pekan.

Penduduk sekitar Kampung Kutan, Pasir Pekan dan Tumpat di Kelantan yang memerlukan khidmat memungut sampah secara harian atau mingguan, boleh hubungi Wan Ahmad Nabil di talian 017-946 9285.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI