KUALA LUMPUR – Sebagai sokongan kepada kempen #BahMariLah anjuran Lembaga Pelancongan Sabah, rangkaian hotel dan rumah penginapan, OYO Hotels & Homes (OYO) menawarkan diskaun 50 peratus kadar bilik di semua hartanah miliknya di Sabah.
Promosi yang sedang berlangsung sehingga 30 September depan itu boleh digunakan di 2,000 bilik hartanah OYO di Kota Kinabalu, Keningau, Kunak, Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Semporna, Sipitang, Tawau dan Tenom.
Tetamu hanya perlu menggunakan kod promosi BAHMARILAH50 ketika membuat tempahan melalui laman sesawang OYO atau aplikasi OYO di dalam Android, iOS serta Windows.
Ketua Negara Malaysia & Singapura OYO, Tan Ming Luk berkata, pelancongan ialah salah satu ekonomi utama Sabah dan penting bagi pihaknya untuk turut sama menyokong usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri memacu pemulihan sektor pelancongan.
“Sektor pelancongan Sabah terjejas teruk akibat sekatan kemasukan pelancong antarabangsa dan ketika negara membenarkan perjalanan rentas negeri, ini peluang terbaik bagi pengusaha hotel tempatan merangsang semula minat pelancong meneroka negeri ini,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Selain daripada diskaun, tetamu OYO yang membuat tempahan hotel di Sabah sepanjang tempoh kempen #BahMariLah turut layak menyertai cabutan bertuah Lembaga Pelancongan Sabah yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos ini.
Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang membeli pakej yang disenaraikan di sabahtourism.com/deals dan peserta berpeluang memenangi salah satu daripada 20 pakej pelancongan yang ditawarkan.
Home » OYO tawar diskaun 50% di Sabah
OYO tawar diskaun 50% di Sabah
- Oleh KOSMO!
- 10 Ogos 2020, 8:29 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN
Bangkok, Paris, Moscow, Bali, London tiada papan tanda Mandarin – Dr. Maszlee
25 November 2024, 11:04 am
Hujan lebat berterusan bermula esok seluruh negara
24 November 2024, 2:50 pm
Ribut petir di Sabah, Sarawak petang ini
24 November 2024, 2:01 pm
Cakap KL, Marsha tidak ‘cukup’ Sabah?
24 November 2024, 10:30 am
McLaren siapa terbiar depan hotel 4 tahun?
24 November 2024, 10:13 am
Sabah, Sarawak bukti model perpaduan Malaysia
23 November 2024, 5:54 pm
Wanita tertinggi dan paling pendek bertemu
23 November 2024, 12:30 pm
Beli hotel untuk diletupkan
23 November 2024, 11:00 am